Penanaman Pokok Noni
Pokok Noni tumbuh meliar di tanah paling subur di dunia,iaitu di Hawaii. Kenapa Hawaii dipilih? Kerana di situ mereka dapat jimatkan kos dengan menggunakan baja gunung berapi. Maka terhasillah buah Noni/mengkudu paling baik di dunia.
Baja gunung berapi memiliki khasiat yang sangat baik untuk pokok. Noni berasal dari kepulauan nusantara..biji benih terapung di lautan dan tiba di hawaii..tumbuh subur..buahnya lebih besar dari yg lain
Sejarah Noni-fakta bukan auta
Menurut
pegawai penyelidik Bahagian Tumbuhan Ubatan, Institut Penyelidikan Perhutanan
Malaysia (FRIM), Dr. Mohd Ilham Adenan. Selain itu buah mengkudu juga dikatakan dapat
merencat pertumbuhan sel-sel barah, mempunyai kesan analgesik (penahan sakit), antiseptik
(membunuh kuman) dan menghalang pertumbuhan parasit serta kulat. Dikalangan masyarakat
kepulauan Hawaii, buah mengkudu dianggap sebagai the magic fruit atau buah ajaib kerana
nilai perubatannya yang tinggi. Sebenarnya buah mengkudu atau noni (nama tempatan di Hawaii) telah tercatat dalam manuskrip purba sebagai salah satu bahan utama dalam ramuan perubatan sejak 2,000 tahun lalu.
Seluruh bahagian pokok mengkudu dikatakan mempunyai nilai perubatan yang tersendiri.Biji
mengkudu dipercayai boleh digunakan sebagai julap. Daunnya dikatakan mujarab untuk merawat sakit kulit, mengurangkan sakit dan radang kulit. “Daunnya dikatakan mujarab untuk merawat sakit kulit, mengurangkan sakit dan radang kulit.” Sementara itu menurut Dr. Ilham;
penyelidikan yang sedang dijalankan di FRIM mendapati pucuk mengkudu mempunyai bahan kimia yang amat berguna untuk menghalang proses penuaan.
Batang mengkudu pula boleh digunakan untuk mengurangkan tekanan darah sementara ekstrak daripada buah mengkudu pula dipercayai boleh menyembuhkan sakit mata. “Khasiatnya yang tersendiri tidak mustahil setanding dengan tongkat ali..” Dr. Ilham. Bagaimanapun pokok mengkudu yang boleh ditemui dengan banyak di Asia Tenggara, Australia, New Zealand, India, Carribean dan Tahiti mempunyai nama yang berbeza. Misalnya di Kepulauan Carribean, mengkudu dipanggil pain killer tree (pokok penahan kesakitan) kerana kegunaannya yang meluas untuk meredakan kesakitan akibat bengkak, terseliuh, patah tulang, demam dan pelbagai lagi.
Manakala di Asia Tenggara, pokok yang dipanggil nhau itu digunakan untuk mengubati sakit
tekak serta penyakit mulut dan gusi.Masyarakat di Filipina pula percaya buah mengkudu bertindak membersihkan usus terutamanya menghindari perut dari parasit. Masyarakat Melayu samada di Malaysia atau Indonesia pula biasanya menggunakan buah mengkudu untuk mengurang gangguan semasa kencing, diabetis, batuk, senggugut dan pendarahan. “Masyarakat Malaysia memandang remeh khasiatnya berbanding dengan saintis Hawaii” “Walaupun pokok mengkudu tumbuh liar dikawasan kampung tetapi penggunaannya sebagai bahan perubatan traditional semakin dilupakan.” “Hanya daunnya saja digunakan bagi merawat wanita lepas bersalin, manakala pucuknya pula dimakan sebagai ulam” kata Dr. Ilham.
Walaupun mengkudu terdapat banyak disini, masyarakat Malaysia memandang remeh khasiatnya berbanding dengan saintis Hawaii telah mula membuat kajian mengenainya sehinggakan buah itu telah dikomersialkan sejak 1993. Produk yang berasaskan buah mengkudu telah mula dipasarkan di Hawaii dalam bentuk tablet dan jus sebagai makanan kesihatan.
Menurut Dr. Ilham lagi, mengikut pengamal perubatan traditional terutamanya di Hawaii,
amalan meminum jus mengkudu amat baik untuk kesihatan. “Jus itu biasanya diminum sebagai
tonik ketika berehat atau selepas bangun tidur terutamanya sebelum menikmati sarapan pagi”
katanya. Bagaimanapun menurut Dr. Ilham, walaupun jus mengkudu berkhasiat tetapi tidak ramai yang sanggup meminumnya kerana bau yang tidak menyenangkan. Oleh itu bagi tujuan kommersial, pengusaha jus mengkudu menambahkan dengan pelbagai perasa seperti strawberi atau anggur untuk menghilangkan bau yang tidak menyenangkan itu. Di samping itu satu lagi cara menghilangkan bau adalah dengan mengeringkan jus itu sehingga menjadi serbuk dan dimasukkan ke dalam kapsul.
Walaupun hanya beberapa tahun dikomersialkan, keajaiban buah mengkudu telah terserlah ketika Perang Dunia Kedua lagi. Tentera yang berada di Kepulauan Polynesia diberikan mengkudu oleh penduduk tempatan untuk menghindari rasa letih. Sementara di Kepulauan Ratatonga, Samoa dan Fiji, buah mengkudu telah menjadi makanan ruji masyarakat di sana. Mereka memakannya sama ada mentah atau dibuat gulai. Manakala masyarakat Burma pula gemar memasak gulai buah yang masih muda dan buah yang telah masak akan dimakan mentah bersama garam. Memandangkan pokok mengkudu mempunyai khasiatnya yang tersendiri, tidak mustahil ia akan setanding dengan tumbuhan ubatan yang akan dikomersialkan seperti tongkat ali dan sebaginya. Pokok Mengkudu bukanlah asing bagi kita di Malaysia. Ia adalah tumbuhan tropika yang daunnya digunakan sebagai sayuran atau dimakan sebagai ulam. Buahnya sekali-sekala digunakan sebagai makanan selepas bersalin.Seringkali si pemakannya tidak mengetahui sebab dan tujuan ia dimakan. Biasanya buah tersebut dipetik dan diperam di atas garam atau di dalam beras dan bila sudah masak, ia dimakan begitu sahaja. Di Indonesia buah ini juga popular digunakan sebagai “buah rojak” serta dimakan bersama-sama kuah rojak atau dicampur dengan buah-buahan lain sebagai rojak.
Bagi penduduk kepulauan Polynesia dan Hawaii lain pula halnya, mereka lebih mengutamakan
buahnya. Sejak lebih kurang 2000 tahun yang lalu, penduduk di kepulauan tersebut telah
menggunakan buah mengkudu sebagai ubat untuk berbagai jenis penyakit. Kerana khasiatnya yang sungguh istimewa itu, mereka menggelarkannya sebagai “Pain Killer”, “Headache Tree” dan “Cheesefruit”. Nama saintifiknya ialah Morinda Citrifolia dan di Hawaii dikenali sebagai
Noni. Mengkudu sebenarnya berasal dari Asia Tenggara termasuk Malaysia melalui laut yang
dihanyutkan dari satu pulau ke satu pulau. Kepulauan Carribean terutama Tahiti adalah satu
kepulauan yang subur dengan tumbuhan mengkudu.
Khasiat Buah Mengkudu diantaranya menstabilkan tekanan darah dan aras kolestrol - otot
jantung Gangguan dalam tubuh - kencing manis, sakit kepala, ginjal, buah pinggang, pundi
kencing, pundi hempedu dan tiroid Mencegah pertumbuhan sel kanser dan tumor Sistem
pernafasan - resdung, asthma, bronkitis, hingus meleleh, batuk, sakit tekak, batuk kering,
kolera dan bayi yang demam selsema Gangguan penghadaman - perut kembung, ulcer, gastrik,
cirit-beret, muntah-muntah, tidak hadam, buasir, keracunan makanan Mulut dan Tekak - radang tekak, sakit gusi dan sakit gigi Sakit tulang dan sendi - terseliuh dan gout Penyakit kulit
- bisul, luka, kurap, radang, ulser kulit Sakit puan - senggugut, gangguan haid
Menghilangkan gatal - celah kelangkang, pelipatan, ulat air dan penyakit kulit Memulihkan
kesan umum penuaan (awet muda) Menghilangkan ketagihan dadah dan rokok Membantu sistem kesuburan lelaki dan wanita Meredakan kesakitan (analgesik) Meningkatkan tenaga tubuh badan serta mengurangkan stress (tekanan).
jangan lupa email kan kepada saya untuk maklumat lanjut..Niat dihati nak tolong sesama manusia..itu sahaja.
dnur_adillah@yahoo.com/0193066991
P/s kurang sesuai utk ibu mengandung/ menyusu anak melainkan anak dh 2 tahun atau kanak-kanak bwh 4 tahun.campur 1 titik dlm 1liter air.minum 100ml sehari dulu.