Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. rasulullah saw bersabda :”Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu :
apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu
apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan
zakat dijadikan hutang
suami memperturutkan kehendak isteri
anak derhaka terhadap ibunya,
sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya
ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya
suara sudah ditinggikan di dalam masjid
yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di kalangan mereka
seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya
khamar (arak) sudah diminum di merata tempat
kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)
para artis-artis disanjung-sanjung
muzik banyak dimainkan
generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat)
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain.” (Hadith riwayat Tirmizi)
sama2 kita menjaga, tegur - menegur utk kebaikan..
Allah masih sayangkan kita..
Allah dah bagi banyak petunjuk dekat kita agar berpegang pada agamanya,
jika kita masih leka, nantikan bala yg xdisangka.
No Response to "Renungan Bersama"
Catat Ulasan
Nota kaki anda :D