Tatapan untuk perkongsian artikel tentang ASB
Copy paste artikel.
Pinjaman Untuk Pelaburan ASB
Dalam posting kali ini, saya ingin menerangkan tentang beberapa pertanyaan yang diajukan di dalam fanpage saya berkenaan dengan pinjaman pelaburan ke Unit Amanah ASB. Saya ingin nyatakan di sini, penerangan ini tidak tiada kaitan dengan hukum halal atau sebaliknya melabur di ASB, kerana ianya telah dinyatakan oleh Majlis Fatwa Selangor yang terkini. Namun, ada juga yang mengunakan fatwa Kebangsaan untuk terus melabur dalam ASB.
Panel Suruhanjaya Sekuriti dah nyatakan tidak ikut syariah.
Di sini saya nyatakan contoh pelaburan sebenar yang telah diambil oleh seorang pelabur sebanyak RM100,000. Dalam pemasaran loan ASB, rata-rata Marketing Executive mencanangkan agar membuat pembayaran bulanan hanya untuk setahun saja, dan tahun seterusnya sehingga tamat tempoh pinjaman, hanya gunakan Dividend dari ASB untuk bayar ansuran bulanan. Dengan itu, apa yang saya berikan contoh di bawah ini adalah bagi sesiapa yang membuat loan dan membayar ansuran SETAHUN saja, seterusnya menggunakan dividend untuk membuat bayaran bulanan.
Dalam contoh kes yang saya berikan, pinjaman ASB dengan loan sebanyak RM100,000 bayaran bulanan sebanyak RM572 selama 25 tahun. Bayaran bulanan akan berubah sekiranya Kadar Asas Pinjaman (BLR) meningkat atau menurun.
Jika hanya menilai ‘pujukan’ seperti ini: Bayar setahun cuma RM6,864. Selepas itu tidak perlu bayar apa-apa, cuma tunggu sehingga 25 tahun. Anda akan dapat RM100,000! Banyak sungguh! Kita mungkin gelap mata dan bersetuju mengambil tawaran itu. Cuba lihat pula dari sudut yang berbeza:
Anda berhutang selama tempoh 25 tahun. Satu jangka masa yang panjang.Kepastian ASB memberi pulangan secara konsisten dan selalu mengatasi BLR tidak dapat dijamin sama sekali.Dividen tahunan yang diguna oleh pihak bank untuk membayar ansuran bulanan tahun kedua sehingga akhir tempoh pembiayaan adalah sebanyak RM164,736! Inilah jumlah wang yang anda sudah setuju untuk pihak bank ambil setiap bulan, kerana anda tidak mahu risau tentang komitmen untuk membayar ansuran bulanan dalam tahun kedua dan seterusnya.Jika jumlah ini dicampurkan dengan ansuran tahun pertama, bayaran anda kepada pihak bank sudah mencecah RM171,600 pada akhir tempoh 25 tahun. Anda hanya menerima RM100,000, siapa agaknya yang lebih untung?Sekiranya anda hanya melabur dengan wang sendiri setiap bulan. Saya hanya ambil separuh daripada ansuran bulanan dalam contoh ini, katakan RM250 sebulan, dengan kadar pulangan 10% setahun, anda melabur hanya 15 tahun sudah mengumpul sebanyak RM104,481. Dapat dalam tempoh 10 tahun lebih cepat!Jika wang ini terus dilabur selama 25 tahun dengan pulangan 10% setahun dan anda tidak membuat sebarang pengeluaran, pada akhir tempoh, tabungan anda akan mencecah RM334,472. Barulah dikatakan lumayan, bukan?Sekiranya terjadi keadaan di mana status kewangan anda tidak begitu stabil, wang yang dilabur ini boleh dikeluarkan atau ‘ansuran atau tabungan bulanan’ ini diberhentikan. Pelaburan yang terkumpul pada ketika itu masih hak milik anda. Ini berbeza dengan keadaan pembiayaan ASB, sebab pelaburan tersebut bukan milik anda selagi tidak habis bayar ansuran.
Saya harap anda semua jelas dengan penerangan serba ringkas mengenai pinjaman pelaburan ASB yang dipromosikan hanya bayar installment untuk setahun saja, dan selebihnya menggunakan bayaran dividend untuk bayaran tahunan. Pengiraan di atas adalah berlainan sekiranya anda menggunakan wang sendiri setiap bulan untuk bayar ansuran bulanan, namun saya yakin, sekiranya anda mampu membayar bayaran bulanan dari wang poket sendiri setiap bulan, anda bukan dari kategori yang akan membuat pinjaman ASB. Sekiranya anda membayar ansuran setiap bulan dari wang poket sendiri, dan pada setiap awal tahun anda mengeluarkan dividend ASB, tindakan itu lebih merugikan! Apatah lagi sekiranya wang dividend yang dikeluarkan untuk berbelanja pada barang-barang kehendak yang tidak memberi pulangan untuk masa hadapan!
Semoga kita semua lebih bijak dalam mengendalikan kewangan dan urusan membuat pinjama untuk kebaikan pada masa hadapan.
Terima kasih.
Kalau BLR loan ASB naik macam tahun 1997 sebanyak 14%,tak rasa naya ka?
Bagi yg ingin menutup akaun,
Ada cara nak tutup loan ASB.kena pergi bank yg kita buat loan.ada yg kena penalti ada yg tak.bergantung jumlah yg telah dibayar dan tempoh tahun.memang dikaunter anda akan disoal xbagi tutup.ini hak anda tentukan mengapa.
Print out ja gambar dari Suruhanjaya Sekuriti.
Duit ASB tidak sah utk pergi Haji atau Umrah.
No Response to "Perkongsian"
Catat Ulasan
Nota kaki anda :D