Eden suka main tepung..
dari kecik lagi..
dulu masa nenek jaga..
selalu jadi mangsa..
tolong bakar la..goreng la..
haha
end up..
dah besar..
time raya wajib buat kuih semperit
or kek buah
or kek coklat lembap
Last week..
hmm dh kaya sikit la..
haha
minta hubby..beli tepung..
hubby ngomel..
''nak wat apa ni?''
eden bilang ''nak main tepung''
hubby ''ishh isshh kalo nak buat betui..xpala..buat donut''
eden '' okeh darling..try yer dulu..xpernah buat''
hubby ''apa lagi nak beli, awat xambil tepung''
eden '' sat, ni ada 2 jenis tepung la..plain flour & self raising flour..ambil yg plain la senang :)..yis ni boleh ka?hmm ok..vegetarian''
malam tu jugak google resipi..nyumnyum
disebabkan xcukup bahan..hantam sajala si botol air..
kuangkuangkuang
end up hubby google nak beli roller & donut cutter :)
botol coke diet jadi mangsa...
sorry belemoih (comot)
err..xda deep fry..or periuk yg dalam..tu yg hitam..
haha..sekali tgk..macam cucur keria..hik3
RESEPI :
Bahan-bahan ( 18 biji - saiz besar )
3 1/2 sudu kecil yis segera (instant dry yeast)
1/4 cawan air suam
1 1/2 cawan susu segar, pada suhu bilik ATAU dipanaskan sedikit
1/2 cawan gula halus
1 sudu kecil garam
2 biji telur
1/3 cawan shortening/butter
5 cawan tepung gandum
Minyak untuk menggoreng
Cara - cara :
- Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk yang besar (mixing bowl), biar 5 minit atau sehingga berbuih.
- Masukkan susu, gula, garam, telur, shortening/butter dan 2 cawan tepung. Gaulkan sehingga sebati. Masukkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Uli doh sehingga permukaan ia jadi licin dan tidak melekat pada tangan.
- Tutup mangkuk dengan kain lembab atau plastic wrap dan biarkan pada suhu bilik sehingga naik dua kali ganda. Bagi yg ada breadmaker, boleh sediakan doh dlm bread maker macam buat roti.
4.Taburkan sedikit tepung di atas papan canai, canaikan doh tadi kepada ketebalan 1/2 inci. Potong'donut' dengan donut cutter. Bagi yg takde dunut cutter (macam sy), bahagikan doh kepada 18 bahagian yg seimbang. Bulatkan doh, buat lobang ditengah-tengah degan jari.
5.Tutup donut dengan kain kering dan rehat selama 30 minit atau sehingga naik dua kali ganda.
6.Panaskan minyak. Goreng donut dengan api kecil atau sederhana sehingga perang keemasan. Jangan guna api besar, nanti doh kat dalam tak masak.
7.Toskan minyak. Salut degan icing semasa donut itu masih panas.
5 Response to 1st Time Buat Donut
rajin btul kak dila masak ye..hihi.. ;)
hik3..demi hubby tercenta :D
teror tuuu..kite nak bleh
boleh2...sila2 terbangkan diri..hik3
opp kalo adunan asyik melekat..tambah tepung sikit2 sampai xmelekat kat tangan :D
Catat Ulasan
Nota kaki anda :D