Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Anniversary

Lilypie Angel and Memorial tickers

Hubby Teringin Dalca

Cuba baca dalam nada syair..

Tersebut lah kisah
suatu cerita

ok,ok..dah..
last2 week..tengok cita ni ha..

Dalca Mami Georgetown
link dia sini : dalca mami georgetown
memang lawak gak la..hehe

so..misi mencari kacang dal & terung..
telah berjaya
haha

berasap lagi

siap..

ok..resepinya..ni untuk 2kali makan bg 2org la..

Bahan - bahan :

4 ulas Bawang Putih    }
                    1 ulas Bawang Merah besar/Cooking onion}  Dihiris halus
1 inci Halia                }
1/2 sudu serbuk cili dicampur sedikit air

1/2 cawan kacang dal - direbus hingga lembut (dalam 20-30minit)
serbuk kari +  air + 1/2 sudu pati asam jawa + sedikit serbuk kunyit
daging lembu/ayam - dihiris nipis/dipotong kecil
1 cawan santan
ubi - lepas kupas kulit, belah 4 rendam dalam air suam supaya cepat lembut
terung - dibelah tengah dan dipotong besar
kacang panjang
lobak merah a.ka carrot.. - dihiris halus
tomato
garam

Cara - cara :

1. Tumis bawang putih & bawang merah sehingga naik bau kemudian masukkan halia. 
2. Masukkan serbuk cili sehingga pecah minyak sedikit.
3. Masukkan campuran serbuk kari. Tumis hingga pecah minyak/garing.
4. Masukkan daging, ubi & santan
5. Apabila mendidih dan ubi sudah lembut, masukkan kacang dal, kacang panjang dan lobak merah.
6. Tambah air jika campuran terlalu pekat/kurang + garam
7. Apabila ubi semakin lembut, keluarkan ubi dan penyekkan/lecek, masukkan semula.

Selamat mencuba :D

er..ayam goreng tu..campuran 2 sudu serbuk kunyit dan 2 camca serbuk kari daging 

2 Response to Hubby Teringin Dalca

ilya
21 Februari 2011 6:21 PG

nyum nyumm..x sabor nk wat ;)

22 Februari 2011 3:28 PG

sila2..er..cek lupa buh tomato smlm..td dh edit :D goodluck Ilya

Catat Ulasan

Nota kaki anda :D