Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Anniversary

Lilypie Angel and Memorial tickers

Simpan Duit sahaja,Insya allah


RM200 sebulan+RM500 utk permulaan simpanan mampu memperoleh

RM103,913.10

bagi tempoh 15 tahun sahaja.
anggaran jika pada 12%.
dengan kami





Anggaran keuntungan
 antara 10% - 15%
Sistem Islamik xboleh tentu pelaburan keuntungan tetap.


Untuk rujukan boleh ke sini :
http://www.cwealthadvisors.com.my/

WhatsApp :
0193066991
dnur_adillah@yahoo.com

Perkongsian

Tatapan untuk perkongsian artikel tentang ASB

Copy paste artikel.

Pinjaman Untuk Pelaburan ASB
Dalam posting kali ini, saya ingin menerangkan tentang beberapa pertanyaan yang diajukan di dalam fanpage saya berkenaan dengan  pinjaman pelaburan ke Unit Amanah ASB. Saya ingin nyatakan di sini, penerangan ini tidak tiada kaitan dengan  hukum halal atau sebaliknya melabur di ASB, kerana ianya telah dinyatakan oleh Majlis Fatwa Selangor yang terkini. Namun, ada juga yang mengunakan fatwa Kebangsaan untuk terus melabur dalam ASB.



Panel Suruhanjaya Sekuriti dah nyatakan tidak ikut syariah.

Di sini saya nyatakan contoh pelaburan sebenar yang telah diambil oleh seorang pelabur sebanyak RM100,000. Dalam pemasaran loan ASB, rata-rata Marketing Executive mencanangkan agar membuat pembayaran bulanan hanya untuk setahun saja, dan tahun seterusnya sehingga tamat tempoh pinjaman, hanya gunakan Dividend dari ASB untuk bayar ansuran bulanan. Dengan itu, apa yang saya berikan contoh di bawah ini adalah bagi sesiapa yang membuat loan dan membayar ansuran SETAHUN saja, seterusnya menggunakan dividend untuk membuat bayaran bulanan. 
Dalam contoh kes yang saya berikan, pinjaman ASB dengan loan sebanyak RM100,000 bayaran bulanan sebanyak RM572 selama 25 tahun. Bayaran bulanan akan berubah sekiranya Kadar Asas Pinjaman (BLR) meningkat atau menurun.
Jika hanya menilai ‘pujukan’ seperti ini: Bayar setahun cuma RM6,864. Selepas itu tidak perlu bayar apa-apa, cuma tunggu sehingga 25 tahun. Anda akan dapat RM100,000! Banyak sungguh! Kita mungkin gelap mata dan bersetuju mengambil tawaran itu. Cuba lihat pula dari sudut yang berbeza:
Anda berhutang selama tempoh 25 tahun. Satu jangka masa yang panjang.Kepastian ASB memberi pulangan secara konsisten dan selalu mengatasi BLR tidak dapat dijamin sama sekali.Dividen tahunan yang diguna oleh pihak bank untuk membayar ansuran bulanan tahun kedua sehingga akhir tempoh pembiayaan adalah sebanyak RM164,736! Inilah jumlah wang yang anda sudah setuju untuk pihak bank ambil setiap bulan, kerana anda tidak mahu risau tentang komitmen untuk membayar ansuran bulanan dalam tahun kedua dan seterusnya.Jika jumlah ini dicampurkan dengan ansuran tahun pertama, bayaran anda kepada pihak bank sudah mencecah RM171,600 pada akhir tempoh 25 tahun. Anda hanya menerima RM100,000, siapa agaknya yang lebih untung?Sekiranya anda hanya melabur dengan wang sendiri setiap bulan. Saya hanya ambil separuh daripada ansuran bulanan dalam contoh ini, katakan RM250 sebulan, dengan kadar pulangan 10% setahun, anda melabur hanya 15 tahun sudah mengumpul sebanyak RM104,481. Dapat dalam tempoh 10 tahun lebih cepat!Jika wang ini terus dilabur selama 25 tahun dengan pulangan 10% setahun dan anda tidak membuat sebarang pengeluaran, pada akhir tempoh, tabungan anda akan mencecah RM334,472. Barulah dikatakan lumayan, bukan?Sekiranya terjadi keadaan di mana status kewangan anda tidak begitu stabil, wang yang dilabur ini boleh dikeluarkan atau ‘ansuran atau tabungan bulanan’ ini diberhentikan. Pelaburan yang terkumpul pada ketika itu masih hak milik anda. Ini berbeza dengan keadaan pembiayaan ASB, sebab pelaburan tersebut bukan milik anda selagi tidak habis bayar ansuran.
Saya harap anda semua jelas dengan penerangan serba ringkas mengenai pinjaman pelaburan ASB yang dipromosikan hanya bayar installment untuk setahun saja, dan selebihnya menggunakan bayaran dividend untuk bayaran tahunan. Pengiraan di atas adalah berlainan sekiranya anda menggunakan wang sendiri setiap bulan untuk bayar ansuran bulanan, namun saya yakin, sekiranya anda mampu membayar bayaran bulanan dari wang poket sendiri setiap bulan, anda bukan dari kategori yang akan membuat pinjaman ASB. Sekiranya anda membayar ansuran setiap bulan dari wang poket sendiri, dan pada setiap awal tahun anda mengeluarkan dividend ASB, tindakan itu lebih merugikan! Apatah lagi sekiranya wang dividend yang dikeluarkan untuk berbelanja pada barang-barang kehendak yang tidak memberi pulangan untuk masa hadapan!
Semoga kita semua lebih bijak dalam mengendalikan kewangan dan urusan membuat pinjama untuk kebaikan pada masa hadapan.
Terima kasih.

Kalau BLR loan ASB naik macam tahun 1997 sebanyak 14%,tak rasa naya ka?

Bagi yg ingin menutup akaun,
Ada cara nak tutup loan ASB.kena pergi bank yg kita buat loan.ada yg kena penalti ada yg tak.bergantung jumlah yg telah dibayar dan tempoh tahun.memang dikaunter anda akan disoal xbagi tutup.ini hak anda tentukan mengapa.
Print out ja gambar dari Suruhanjaya Sekuriti.
Duit ASB tidak sah utk pergi Haji atau Umrah.

Gempa Bumi Sabah

 Seperti yang diketahui umum berlaku gempa bumi di Sabah bermula dari pagi
5/6/2015 7.15am
Diikut 7.30am
Skala 5.9m

Iya..gegaran ini rasa sangat kuat.
Saya berada di rumah.sedang tidur kepenatan tidak cukup tidur kerana anak demam panas dan admit wad Viral Croup.

Terjaga tidur.Ingatkan anak tendang tidur buas..rupanya tak.Katil bergoncang sangat kuat.Lihat tingkap semua jiran berhimpun di luar rumah.Kami tinggal di apartment,Kepayan,Kota Kinabalu.
Terus kejutkan suami,gempa bumi ni.Anak pn terjaga.

Pengalaman kedua ni.Dulu masa tsunami di Acheh berada di Kolej Matrikulasi Perlis.Tapi masa tu aras kami xberasa sgt kecuali tingkat 4.

Menghubungi Mama langkah perta
ma.Mengambil langkah berjaga-jaga siapkan beg kecemasan.Ubat dan air.
Anak dlm proses recovery.

Alhamdulillah..walaupun ada gegaran susulan selepas itu apartment kami tempias berasa sedikit sahaja.

Doakan keselematan kami dan orang Sabah.

Para pendaki dan tour guide yang meninggal belangsungkawa diucapkan.

Terima kasih bg yg bertanya khabar kami.Kami alhamdulillah setakat ini.
Kalau terjadi sesuatunyg teruk biasanya bekalan air,elektrik dan komunikasi mungkin akan terputus.

Ini gambar sehari sebelum kejadian
Dari flyover ke arah Putatan


 Ramai yang terkandas.Ramai yang meninggal. Tour guide local,
Robbi Sapinggi meninggalkan isteri dan anak berumur 6 bulan.

Kisah Anak

Assalamualaikum dan apa khabar?
Kesempatan ini,bulan Ramadhan bakal menjelma..tengah gigih posa ganti ni :)

Sejak kebelakangan banyak ujian yg melanda..kenkadang diri ini jatuh terduduk mengenangnya..mencari sedikit kekuatan.Diuji dan terus diuji..
Syukur Alhamdulillah mendapat ketenangan akhirnya.Salah satu sumber kekuatan mula diperoleh.Mula belajar utk menyayangi diri ini.Cuba berfikiran positif.Perbanyakkan solat dan zikir.

Kami diuji..bermula dengan jiran yg gila,anak yg kerap meragam,suami disantau,pergaduhan,amarah..segalanya berlaku sekelip mata kini.Hinggalah anak jatuh sakit..Susah hati.

Tapi jangan risau.Rumah tangga kami masih mendapat kemanisannya.. ;)

Kisah anak
Januari
Anak meragam ja dengan D'lla..alahaii
Anak tengah tido tetiba terjaga sambil menangis..Ya Allah..kenapa?
Tidak mahu org lain.Tangan ini lenguh sakit memegangnya.
Nangis, mummy nanak nenen!huhu.Diberi pn tidak mau juga..kena tendang kena tempis..aduh!
Banyak kali dlm sebulan..kami siap simpan garam kasar,lada hitam dan limau purut...marah dia diberi garam kasar.
Tak boleh jadi ni.Ini kena panggil ustaz..
Ustaz ruqyahkan anak.alhamdulillah terus normal mcm anak org lain.

Set up appointment dgn ENT..bukan senang nk dapatkan temu janji dgn doc gov.Dapat tahu dr tahun lepas(dr swasta) punca tonsil anak adalah dr adenoid yg terletak di belakang hidung bahagian saluran pernafasan.
Rupanya,doc bilang nasihatkan utk operation buang..tergamam juga.tp utk kebaikan anak saya relakan.Ramai yg menentang..huhu..
2 pakar ent kami jumpa even yg di Alor Setar..benar kata mereka.

Anak ada demam ringan sahaja bulan 3 aritu.Hati terdetik..tolong la..jangam tangguh lg.

Seperti biasa check up Pediatrik. Soalan standard.Corak pemakanan anak..aduhh..ujian darah pernah dibuat.itupn xtau la mereka buat yg mana satu. Cek Tiroid-normal, urine test pn normal. Berat anak sangat slow..i wonder why..dalam hati fikir,xpa janji anak xda sakit serius.

Kali ni lagi susah hati.25 Mei anak demam ringan.bagi PCM.Next day terus tinggi. Tengah malam pulak.Jam 4am terjaga.Masa ni balik kg dengan anak ja.Kejut parents tolong hantar ke ER KMC.Kena bagi ubat SUPP bontot..huhu..demam turun.tiada tanda batuk or selsema.cuma nafas mcm laju..katanya normal.

Balik KK..dh ada demam sikit..3x kn SUPP.every nite terus tinggi.susah hati google sana cni.ada org tu kata anaknya kena Croup.anak xda batuk or selsema.ok lega.

Demam still on off.

30 Mei pagi tetiba pipi anak bulat merah..then telinga,ke kaki and tangan..pi pesakit luar Queen Elizabeth 1.
Kena admit di Likas.Di Hospital Likas cek itu ini soal selidik lama sangat.Dari lahir sampai sekarang..7x warded.Terkejut juga bila kira.Akhirnya doc ni faham bukan salah pemakanan,tetapi tonsil dia.anak tiada batuk or selsema..demam pn tetiba baik bila jumpa doc..isshh haru betui!
Anak jadi kelopak garam/gegata/ludah hantu/sopak garam..tetapi org yang kena semua kata gatal..anak xgatal pn,gatal sekali dua ja.doc terus bg sirap ubat gatal takot melarat.anak merap daa..nk celah ketiak ja.sebbaik husband ada leh tlg basuh botol and pi tandas..sebab demam aritu tekak dah mula merah.Dibekalkan antibiotik dam PCM.cuma kalo demam tinggi kena SUPP

3Jun
Demam balik dr petang..makin tinggi.badan anak panas.kalo kena air suam pn mmg menggigil ni.xbg kerjasama utk demah or sponging.makin malam naluri makin susah hati..something wrong..nafas anak macam tersekat.xtido babe!Jam3am pi hosp swasta terdekat.Likas jauh..hhmm ada insurans..cuba try guna manatau boleh.

Nurse bagi mandi.Doc MA or MO rupanya..doc permenant jam 7am baru ada.aduhh..doc ni nak bg balik katanya demam biasa dan tekak bengkak biasa ja nih..tunggu suhu turun baru balik..sembang dgn nurse sambil cek insurans..admit la..tengok macamna..Dapat rehat dan tido sekejap..leganya..Doc Pediatrik dtg dan cek buku kesihatan anak.Terdengar anak batuk sikit.terus dia bg rujukan CROUP.. 
Barking cough,suara mendalam.

Saluran pernafasan di trakea bengkak dan anak kena jalani ujian selanjutnya.Kena neb dan drip antibiotik.Sebelum buat ujian lain bgtau doc ni 1st time gn insurans..cek dlu la..anak makin bernafas ok.alhamdulillah.makan sikit isi perut ja.

Jam 4pm dapat tau insurans reject..huhu..what?why?
Dinasihatkan discharge.ok fine..Dalam hati sedih.nangehh ooii..Doc bgtau its ok jangan risau.dia bg ubat sirap supply.anak dh tak demam xpa.

Doc ni bagus.Sepanjang jumpa doc,ini kalilah jumpa doc yg faham dan tahu tindakan yg perlu dibuat.Anak kena jalani ujian detail. Cek sistem imun,Xray tengkok dan ultrasound di buah pinggang. Tengkok dan buah pinggang berkait rapat dgn masalah anak. Agaknya lepasni kena minta surat laporan ujian yg pernah dibuat. Dah letih menjawabnya huhu.

Pasal insurans,sembang dgn member memang la ni payah nak dapat claims.polisi berubah dan sangat tegas..aduhh nasibla.walaupn kalo dpt claim refund..jadi apa2 mana nak cekau duit?
Will consider terminate or surveu other choice..

Ceh kuciwa ja kau speaking london ya..
Oppss!
Dah jumpa doc yg terbaik..tetapi mana nak cekau duit?cobaan..memang sakit anak seem xserius sgt..but..in future we don't know.doakan kesihatan anak kami,
Khairul Awadullah