Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Anniversary

Lilypie Angel and Memorial tickers

Gempa Bumi Sabah

 Seperti yang diketahui umum berlaku gempa bumi di Sabah bermula dari pagi
5/6/2015 7.15am
Diikut 7.30am
Skala 5.9m

Iya..gegaran ini rasa sangat kuat.
Saya berada di rumah.sedang tidur kepenatan tidak cukup tidur kerana anak demam panas dan admit wad Viral Croup.

Terjaga tidur.Ingatkan anak tendang tidur buas..rupanya tak.Katil bergoncang sangat kuat.Lihat tingkap semua jiran berhimpun di luar rumah.Kami tinggal di apartment,Kepayan,Kota Kinabalu.
Terus kejutkan suami,gempa bumi ni.Anak pn terjaga.

Pengalaman kedua ni.Dulu masa tsunami di Acheh berada di Kolej Matrikulasi Perlis.Tapi masa tu aras kami xberasa sgt kecuali tingkat 4.

Menghubungi Mama langkah perta
ma.Mengambil langkah berjaga-jaga siapkan beg kecemasan.Ubat dan air.
Anak dlm proses recovery.

Alhamdulillah..walaupun ada gegaran susulan selepas itu apartment kami tempias berasa sedikit sahaja.

Doakan keselematan kami dan orang Sabah.

Para pendaki dan tour guide yang meninggal belangsungkawa diucapkan.

Terima kasih bg yg bertanya khabar kami.Kami alhamdulillah setakat ini.
Kalau terjadi sesuatunyg teruk biasanya bekalan air,elektrik dan komunikasi mungkin akan terputus.

Ini gambar sehari sebelum kejadian
Dari flyover ke arah Putatan


 Ramai yang terkandas.Ramai yang meninggal. Tour guide local,
Robbi Sapinggi meninggalkan isteri dan anak berumur 6 bulan.

No Response to "Gempa Bumi Sabah"

Catat Ulasan

Nota kaki anda :D