Aurat di Laman Rumah
Assalamualaikum Ustaz..
Saya kerap kali menasihati anak-anak(perempuan) dan isteri supaya memelihara aurat walaupon berada di halaman rumah kerana dilihat oleh jiran-jiran.Apa yang mengecewakan saya adalah mereka tidak mengikuti nasihat saya walaupon mereka menutup aurat ketika keluar di tempat lain.Apakah saya dikira masih berdosa kerana gagal mendidik mereka.Harap mendapat penjelasan dari ustaz kerana situasi ini sering menggangu saya.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
w.salam
Jika suami telah menyuruh anak isteri supaya menutup aurat apabila keluar ke halaman rumah dan anak isterinya enggan mematuhi maka wajiblah atas suami menahan mereka dari keluar ke tempat tersebut.
Jika suami sengaja membiarkan mereka keluar dalam keadaan mendedahkan aurat maka berdosalah suami tersebut.
Suami tidak boleh berlembut dalam soal hukum seperti ini. Terangkan kepada mereka bahawa suami akan menanggung dosa anak isteri yang tidak mematuhi perintah agama.
Selalulah bawa mereka ke majlis2 ilmu atau memperdengarkan kepada mereka kaset atau vcd2 yang menerangkan hukum2 agama agar hati mereka lembut.
wallahua'lam
Ingat - mengingati sesama Islam adalah penting.
No Response to "Renungan"
Catat Ulasan
Nota kaki anda :D